Sabtu, 06 Oktober 2012

Mari Belajar PAI !!! Keutamaan Do'a & Dzikir

KEUTAMAAN DOA DAN ZIKIR
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepada mu (dengan
memberikan rahmat dan pengampunan). Dan bersyukurlah kepada-Ku, serta jangan ingkar
(pada nikmat-Ku)”. (Al-Baqarah, 2:152).
“Hai, orang-orang yang beriman, berzikirlah yang banyak kepada Allah (menyebut nama-
Nya)” (Al-Ahzaab, 33:42)
“Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah sediakan
untuk mereka pengampunan dan pahala yang agung”. (Al-Ahzaab, 33:35)
“Dan sebutlah (nama) Tuhan mu dalam hati mu dengan merendahkan diri dan rasa
takut, serta tidak mengeraskan suara, di pagi dan petang hari. Dan janganlah kamu termasuk
orang-orang yang lalai”. (Al-A’raaf, 7:205)
Perumpamaan orang yang ingat Rabbnya dengan orang yang tidak ingat Rabbnya
laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. (HR. Al-Bukhari)
“Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatan mu yang terbaik, paling suci di sisi Raja mu
(Allah), dan paling mengangkat darjat mu; lebih baik bagi mu dari infaq emas atau perak, dan
lebih baik bagi mu daripada bertemu dengan musuh mu, lantas kamu memenggal lehernya atau
mereka memenggal leher mu?” Para sahabat yang hadir berkata: “Mau (wahai Rasulullah)!”
Beliau bersabda: “Zikir kepada Allah Yang Maha Tinggi”. (HR. Tirmizi dan Ibnu Majah)
Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepada-Ku, Aku
bersamanya (ilmu) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingat-Ku dalam dirinya, Aku mengingatnya
dalam diri-Ku. Jika dia menyebut nama-Ku dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam
perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat
kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa.
Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan
cepat”. (HR. Al-Bukhari, Muslim)
Dari Abdullah bin Busr, dia berkata: Bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai,
Rasulullah! Sesungguhnya syari’at Islam telah banyak bagi ku, oleh kerana itu, beritahulah aku
sesuatu buat pegangan”. Beliau bersabda: “Tidak hentinya lidah mu basah kerana zikir kepada
Allah (lidah mu selalu mengucapkannya).” (HR. Tirmizi, Ibnu Majah)
“Barang siapa yang duduk di suatu tempat, lalu tidak berzikir kepada Allah di dalamnya,
pastilah dia mendapatkan hukuman dari Allah dan barang siapa yang berbaring dalam suatu
tempat lalu tidak berzikir kepada Allah, pastilah mendapatkan hukuman dari Allah.” (HR. Abu
Daud)
3
“Apabila suatu kaum duduk di majlis, lantas tidak berzikir kepada Allah dan tidak
membaca selawat kepada Nabinya, pastilah ia menjadi kekurangan dan penyesalan mereka,
maka jika Allah menghendaki boleh menyiksa mereka dan jika menghendaki mengampuni
mereka.” (HR. Tirmizi)
“Setiap kaum yang berdiri dari suatu majlis, yang mereka tidak berzikir kepada Allah di
dalamnya, maka mereka laksana berdiri dari bangkai keldai dan hal itu menjadi penyesalan
mereka (di hari Kiamat).” (HR. Abu Daud, Ahmad dan dan Shahih Jaami’ush Shaghiir.)
“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, akan mendapatkan satu
kebaikan. Sedang satu kebaikan akan dilipatkan sepuluh semisalnya. Aku tidak berkata: Alif laam
miim, satu huruf. Akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (HR. Tirmizi
dan Shahih Jaami’ush Shaghiir.)
Dari Uqbah bin Amr, dia berkata: “Rasulullah Sallalahu alaihi wa sallam keluar, sedang
kami di serambi masjid (Madinah). Lalu beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang senang
berangkat pagi pada tiap hari ke Buthhan atau Al-Aqiq, lalu kembali dengan membawa dua unta
yang besar punuknya, tanpa mengerjakan dosa atau memutus sanak?” Kami (yang hadir)
berkata: “Ya kami senang, wahai Rasulullah!” Lalu beliau bersabda: “Apakah seseorang di antara
kamu tidak berangkat pagi ke masjid, lalu memahami atau membaca dua ayat Al-Qur’an, hal itu
lebih baik baginya daripada dua unta. Dan (bila memahami atau membaca) tiga (ayat) akan
lebih baik daripada memperoleh tiga (unta). Dan (bila memahami atau mengajar) empat ayat
akan lebih baik baginya daripada memperoleh empat (unta), dan demikian dari seluruh bilangan
unta.” (HR. Muslim)
“Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya
sehari seratus kali.” (HR. Muslim)
“Keadaan yang paling dekat antara Tuhan dan hamba-Nya adalah di tengah malam
yang terakhir. Banyakkan zikir.” (HR. Tirmizi dan An-Nasa’i dan Al-Hakim)
“Seorang hamba berada dalam keadaan yang paling dekat dengan Tuhannya adalah di
saat sujud. Oleh kerana itu, perbanyakkanlah doa.” (HR. Muslim)
“Dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum
terbenamnya” (QS. Qaaf: 39)
“Lalu ia memberi isyarat kepada mereka, hendaklah kamu bertasbih di waktu pagi dan
petang” (QS. Maryam: 11)
“Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan di waktu
subuh” (QS. AR-Ruum: 17)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar